Dah baca tajuk di atas? So, apa yang korang rasa? Dan apa pula yang aku rasa? Bagai mana cara untuk claim warranty GoPro Hero 8 Black.

Sejujurnya, aku memang tak tahu nak cakap apa weh!! Aku sebelum ni memang pengguna GoPro Hero. Tapi sebelum ni aku guna GoPro Hero 3+ Black Edition dan setelah sekian lama baru aku upgrade ke GoPro Hero 8 Black. Ini pun dengan bantuan sahabat aku sorang ni, Mr. Ghazali. Aku antara orang yang terawal la jugak memiliki GoPro Hero 8 Black ni di Kuantan ni, haha. Tq bro!! Dan sememangnya aku teruja gila weh! Yelah, major upgrade kot untuk GoPro Hero 8 Black aku ni. Korang bayangkan berapa banyak beza antara GoPro Hero 3+ Black Edition dengan GoPro Hero 8 Black dan memang berbaloi gila la aku upgrade pada masa dan ketika itu.

Sebenarnya masa aku plan nak upgrade GoPro ni, aku ada la sembang-sembang ngan Mr Ghazali ni. Aku bagi tau yang aku plan nak cari GoPro Hero 7 untuk ganti GoPro Hero 3+ Black Edition aku yang agak berumur tu. Lepas tu, member aku ni bagi tau yang GoPro akan release dalam masa terdekat new model(tapi xde la dekat sangat, makan bulan la jugak). Lepas bincang-bincang anggaran harga yang akan di release tu, aku pun setujulah untuk sambar GoPro Hero 8 Black ni. Pada masa ni aku tengok mat-mat saleh dah start wat review pasal model GoPro yang terbaru ni. Perghhhhhh, meleleh air liur tengok review dia orang. Korang bayangkan lah, GoPro boleh kena air tanpa waterproof case! Maksudnya kalau kene air hujan memang tak akan ada masalah!! Sesuai sangatlah dengan aku yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia motor vlogging ni.

Ini kalau korang tengok dekat part Water Resistance tu, dia bagi tahu yang GoPro ni dapat bertahan sehingga 10m kedalaman

ModelHERO8 Black[98]
Sensor Size1/2.3″
Aperture[99]f/2.8
Dimensions66.3 x 48.6 x 28.4 mm
Weight126 g
Video Modes4K60, 2.7K120, 1440p120, 1080p240
Video FormatsMP4 (H.264 / H.265)
StabilizationHyperSmooth 2.0
Loop Recording[100]Yes
Live StreamingYes
TimeWarp VideoYes
Still Image Resolution12 MP
Photo burst30 FPS
ConnectivityWiFi, Bluetooth, GPS
BatteryRemovable 1220 mAh, Li-Ion
Water Resistance33ft (10m)
TouchscreenYes
Launch Price (USD)$399

Tetapi, agak malang untuk aku. GoPro Hero 8 Black aku tewas dengan tangan yang basah. Korang tahu tak apa perasaan aku masa GoPro aku bagi tanda-tanda nak kiok? Cuak beb!! Time tu aku memang ada bawa bateri spare. Untuk menenangkan hati aku, aku anggap yang bateri yang aku guna tu dah nak habis la kononnya. Aku pun try la tukar bateri yang fully charge. GoPro just blink-blink lampu led merah lepas tu senyap… Aku tergamam weh. Aku cuba la godek-godek ondaspot. Ye lah, barang mahal kot!! Aku try reset, tapi tak menjadi. Cabut bukak bateri, pun sama juga, tak ada apa-apa respon. Kali ni aku cuba terima hakikat yang GoPro aku dah tamat riwayatnya.

Sedih gila time ni. Masa mandi kolam tu aku cuba happykan diri aku dengan melayan kerenah anak aku. Tapi otak aku masih lagi berfikir, masih adakah lagi peluang untuk GoPro aku tu beraksi lagi? So, lepas naik dari kolam. Aku pun balik la ke rumah. Sampai rumah benda pertama aku buat adalah, letak GoPro aku dalam beras. Lepas tu aku whatsapp Mr Ghazali, inform pasal kejadian ni. Seperti yang aku jangkakan.. Dia pun terkejut dan terkujat. GoPro tangan basah boleh kiok. GoPro ni action cam yang lasak kot. Lepas tu, dia tanya aku, resit ada simpan tak? Yelah, GoPro tu tak sampai setahun pun lagi usia dia. Kompom la ada warranty kan. Tapi resit ada tak????

Nak di jadikan cerita, aku tak tahu kat mana resit pembelian tu berada!! Bayangkan aku murung gila-gila weh. Cari juga information pasal claim camera ni tanpa resit. Ada yang bagi tahu, cuba deal dengan kedai untuk reprint resit. Ada juga yang suruh deal terus dengan GoPro melalui website. Aku cuba la jugak deal melalui website. Tetapi tak ada respon dari GoPro.

Nak di pendekan cerita, rupa-rupanya Mr Ghazali ni ada deal dengan kedai tempat dia amik GoPro ni. Dan alhamdulillah, rezeki aku kedai tu bagi skrin short gambar resit pembelian GoPro aku tu. Aku ingatkan kedai boleh cari by serial number untuk trace resit. Rupa-rupanya tidak. Jadi, korang yang mana beli apa-apa peralatan elektronik tu, sila simpan resit tu dengan baik dan selamat. Kalau korang kene macam aku ni memang murung lah korang. Sebab system kedai tak boleh search serial number barang yang korang beli tu. Dia hanya boleh search base on actual date pembelian korang sahaja.

Dan di saat ketika artikel ini ditulis, aku masih lagi sabar menanti kehadiran GoPro Hero 8 Black aku. Sekarang ni dah keluar GoPro Hero 9. Tapi aku rasa, aku masih setia dengan GoPro Hero 8 Black aku tu. Hahahaha

BTW, bagi pengguna GoPro Hero 8 Black, mesti ada problem dengan “No GPS Data” kan? Untuk masalah ni, aku ada la jumpa solution base on kerja-kerja menggodek yang aku lakukan. Hasil godek yang aku temui adalah, bila korang update firmware selain daripada 1.20. Korang memang akan jumpa masalah ni. Jadi, kalau korang dah update firmware kepada yang terkini. Silalah downgrade kepada firmware 1.20. Kemudian, ada satu file korang kene modify sikit, tapi aku ada buat script untuk memudahkan kerja korang. Bagaimana nak buat? Tengok-tengoklah video ni. Tapi, jangan lupa subscribe ye.