Agak gempar pagi ni dengan berita berkenaan produk Raspberry Pi 400 ni. Aku ni boleh tahan jugak gila dengan produk raspberry pi ni. Kalau ada rezeki, insyaAllah akan aku sambar Pi 400 ni.

Koleksi Raspberry Pi

raspberry-pi

Raspberry Pi pertama aku miliki adalah model Raspberry Pi model A kalau tak silap aku. Kemudian dia release pulak Raspberry Pi 2 dan di ikuti Raspberry Pi 3. Setiap model ni berbeza-beza dari segi spesifikasi dia. Ada yang datang dengan built-in wifi ada yang hanya ada port ethernet sahaja. Kapasiti RAM jugak tak sama antara setiap model Raspberry Pi. Dan disebabkan semua tu lah yang membuatkan aku mempunyai koleksi

yang agak banyak.

Kenapa Raspberry Pi?

Punca utama aku menggunakan raspberry pi ni adalah kerana dia menyerupai sebuah komputer kecik. Seperti mana yang kita tahu, linux adalah tersangat ringan. Jadi, tu antara sebab kenapa aku guna raspberry pi dalam projek-projek aku. Aku hanya perlu flash SD-Card dengan OS Raspberry Pi yang aku nak guna. Kebiasaanya aku akan guna linux lah, dan pilihan kegemaran aku no-gui. Aku lebih suka terminal mode sebab nak bagi lagi ringan. Tak nak guna Raspberry Pi? Korang nak guna arduino pun boleh, tapi konsep dia berbeza sikit lah.

Senang ke nak setup Raspberry Pi?

Bagi aku tak ada benda yang senang kalau kita tidak belajar atau cuba belajar. Rujukan untuk raspberry pi ni ada di mana-mana. Tambahan pula di zaman dunia tanpa sempadan ni, memang lagi senang untuk korang mendapatkan maklumat berkenaan raspberry pi ni. Cuma, mungkin cara olahan dan penyampaian seseorang kepada penerima berbeza-beza. Jadi kalau korang rasa tak faham, korang boleh cuba dari sumber yang lain yang mana korang rasa senang nak faham.

Lasak ke benda ni?

Projek aku yang menggunakan raspberry pi secara all-out adalah internal webserver. Raspberry Pi ni memang tidak pernah off dan jugak tidak pernah di pedulikan. UPS? UPS pun tak ada! Kalau ada gangguan elektrik, dia turut padam. Tetapi, apabila power back to normal, dia akan up dengan sendirinya. SD-Card buat masa ni alhamdulillah masih dapat bertahan. Pemilihan SD-Card yang berkualiti aku rasa memang sangat berbaloi. Sejak bila guna? Sejak bulan 12 2016. Dah 3 tahun lebih usia projek tersebut.

raspberry pi status
Contoh paparan informasi daripada raspberry pi.

Raspberry Pi 400

Raspberry Pi 400
Raspberry Pi 400

Dengan kehadiran model Raspberry Pi 400 ni, ianya sedikit sebanyak akan menarik minat pelajar untuk memiliki atau mengkaji produk ini. Buat masa ini Raspberry Pi 400 ini di hadirkan dengan kapasiti RAM 4GB, 40 pin GPIO, 2 x MicroHDMI, 2 x USB 3.0, 1 x USB 2.0, Gigabit Ethernet, MicroSD card slot, dan USB-C power supply. Walaubagaimanapun, untuk model kali ini ia tidak support untuk Raspberry Pi Camera. Berminat? Orderlah disini.