Pernah tak korang hadapi masalah yang korang rasa perlukan penyelesaian. Tapi bagaimana? Dalam kerja-kerja seharian aku di pejabat. Aku ada hadapi beberapa masalah dalam tugasan seharian aku. Ada masalah yang aku boleh tambah baik sendiri, dan ada yang memerlukan bantuan daripada team atau unit yang lain.

Sejak aku bekerja, adalah beberapa penambah baikan yang aku buat. Cara penambah baikan ni ada dalam pelbagai bentuk. Ada yang aku buat system, ada yang aku buat dalam bentuk script, dan ada juga yang dalam bentuk hardware. Untuk kali ni aku nak share salah satu benda yang aku buat untuk kegunaan aku sendiri.

Bluetooth Serial Cable. Kenapa? Sebab bila aku nak konsol switch network yang tinggi, aku ada masalah untuk nak ampu sambil nak menaip command pada terminal laptop aku. Serial cable yang aku ada tu tak berapa panjang. Kalau proses troubleshooting tu kejap je, takde la masalah sangat. Yang bermasalah bila amik masa yang lama. Memang penat lah nak kene panjat dan nak ampu laptop bila buat kerja-kerja ni. Dari situlah datang idea untuk buat konsol cable ni.

Senang ke nak buat benda ni? Bagi aku, kalau tak cuba kita tak tahu macam mana kesukaran dia. Barang yang aku gunakan untuk projek aku ni adalah Bluetooth Module HC-05, power module & TTL converter module. Semua ni aku beli online je. Proses yang perlu korang buat adalah, program kan dulu bluetooth module. Kenapa kena program? Sebab korang boleh set nama / password / baudrate. Benda-benda ni penting sebab korang akan guna untuk buat connection nanti. Nanti insyaAllah aku akan buat complete tutorial macam mana nak buat benda ni. Semua part yang aku guna ni module kit aje. Senang guna kit satu-satu ni. Sebab tak yah pening-pening nak design litar bagai. Lagipun ni R&D sendiri, nanti kalau dah official nak guna maybe boleh la design sendiri nanti.

So far aku dah test untuk CISCO & Juniper dan ianya berfungsi lah. Kat bawah ni aku selit sikit video yang aku rekod masa testing tu lah.