Apakah perkara yang perlu dilakukan apabila melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) pada waktu malam ? Seperti yang semua orang maklum. Pada masa sekarang ni kita semua perlu melalui sekali lagi Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) dan sesetengah daripada korang melalui Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP). Maka, sekarang ni terdapat banyak SJR yang di laksanakan hampir di semua negeri di Malaysia ini. Kita pernah bebas setelah beberapa bulan terkurung. Tetapi di sebabkan sedikit kealpaan, kita semua terbatas pergerakan kembali.

Beberapa bulan dahulu pergerakan kita terbatas. Bandar-bandar besar yang dahulunya umpama tidak pernah tidur kini sepi. Sunyi sepi seperti bandar tinggal. Kemudian kita semua dibebaskan. Bebas melakukan aktiviti walaupun dalam keadaan takut. Takut di jangkiti virus Corona Virus ataupun lebih di kenali sebagai COVID-19. Dalam kebebasan yang kita kecapi ini. Kita kembali terpalit dengan peningkatan kes yang makin hari semakin naik. Terdapat beberapa isu atau punca yang menyebabkan kes ini kembali meningkat. Tapi, bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Para petugas di barisan hadapan kita belum sempat menghilangkan penat. Kini di panggil kembali untuk bertugas. Ada sesetengah daripadanya masih lagi belum berehat. Mereka masih dan terus berjuang menentang virus yang di geruni ini.

Dan pada ketika dan masa ini. Sekatan jalan raya kembali di adakan. Kenapa? Ianya bagi mengawal pergerakan-pergerakan kita semua dari pada menyebar virus ini tanpa kita sedar. Ya, luaran nampak sihat, bulat dan gebu. Tetapi dia sebenarnya pembawa virus yang tidak mempunyai simptom! Kita semua dihalang daripada merentas negeri untuk mengurangkan penyebaran wabak ini. Jika dahulu, PKP ini diadakan seluruh negeri. Tetapi, sekarang ini ia di kawal mengikut kawasan yang terdedah sahaja.

Apa nak buat?

Seperti yang semua maklum sekarang ni. Semua orang kena tempuhi sekatan jalan raya. Tidak kira siang ataupun malam. Tetapi, tahukah korang perkara yang perlu dilakukan apabila melalui sekatan jalan raya pada waktu malam ? Aku rasa ramai yang tidak tahu. Benda yang sebenarnya korang kena buat adalah, memadamkan lampu kenderaan korang. Ya, padamkan lampu. Bukan padam terus ok. Korang just buka lampu senja sahaja. Lepas korang dah melepasi sekatan jalan raya ni, korang buka la balik. Jangan la pulak lupa terus nak buka lampu.

Kenapa nak kena padam lampu?

Kerana SILAU. Ya, silau daripada lampu kenderaan korang tu la. Pernah tak korang berdiri di hadapan kereta korang pada waktu malam? Macam mana rasa mata korang tu? Peritkan? Itu lah yang dirasai oleh polis dan tentera yang menjaga sekatan jalan raya. Pada waktu malam, mata kita amat sensitif dengan cahaya. Jadi, cara untuk kita hormat atau respek pada petugas barisan hadapan ni macam ni lah. Bila dah nampak nak dekat SJR tu, korang terus padam lampu besar, dan biarkan lampu senja saja menyala. Mereka semua ni tak semuanya muda. Ada yang dah tunggu masa nak pencen dah pun. Tapi masih gagah bertugas demi keselamatan kita semua. Jadi, ini lah antara cara kita menghargai mereka. Permudahkan urusan mereka ya kawan-kawan.

Next, bila dah betul-betul nak dekat dengan sekatan jalan raya ni. Korang buka la lampu dalam kereta korang. Ya, lampu dalam kereta, Okey. Masa ni juga, korang mekap lawo-lawo. Mask jangan bagi senget, tak lawo kalau tak balance. Tak caya cuba terai pakai mask senget, lepastu korang tengok depan cermin. Senonoh tak? haha. Lepas tu bagi salam dekat abang polis dan askar ni. Tingkap tu jangan la bukak sikit, kalau boleh bukak habis terus. Jadi bila bercakap tu tak ada la nak kena jerit-jerit. Lagipun memang korang dah taukan yang depa tu semua polis dan askar. Buat apa takut-takut nak bukak tingkap?

Perkara lain yang korang kena prepare pada ketika ini adalah dokumen-dokumen korang kena tunjuk kepada abang polis dan askar ni apabila diminta. Tapi, kalau ko memang orang situ, dan sebab nak balik rumah ko yang kat depan simpang tu kena lalu jugak roadblok tu, ko readykan la IC korang. Sebab dekat IC tu ada alamat rumah korang kan. Alamat IC tak sama??? Siapa suruh tak tukar IC dengan alamat terkini??? haha. Bila korang dah prepare awal-awal, tak ada la amik masa yang lama sangat bila lalu sekatan jalan raya ni. Orang lain dekat belakang tu pun tak ada la stress sangat bila orang depan setel laju.

Antara punca jem dekat SJR ni adalah terhegeh-hegeh nak tunjuk dokumen. Nak keluarkan surat lah. Nak cari IC yang terselit dalam beg lah. Macam-macam lagi lah. Jadi, kalau semua dah ready, senang la sikit. Bila abang polis dan askar mintak. Korang boleh terus bawa keluar je apa yang dia orang nak tengok untuk pengesahan tu kan.

Korang juga boleh belanja dia orang ni dengan air atau jajan. Macam kacang or gula-gula. Ni bagi mengurangkan rasa mengantuk mereka. Mungkin mereka ada di bekalkan dengan makanan-makanan lain. Kita hanya membantu menambahkan vairiti je. Jadi tak ada la mereka jemu. Benda ni tak ada paksaan. Jika korang mampu, korang buat. Tak mampu, tak payah. Aku biasa belikan air 100+, kadang-kadang kalau siang hari tu aku beli kopok sagu. Tu kalau kedai kopok sagu tu bukak la. Kalau tak, tak ada juga aku beli.