Java buat hal lagi! Rajin betul java ni ngupdate hahaha. Giler stress aku kali ni script panadol aku tak dapat manipulate file security java. Kalau tak silap aku last version java yang boleh guna adalah java 8 version 261 kot. Yang selepas dari 261 dah tak boleh nak guna. Kalau nak guna jugak yang tu, pak cik tak dapat nak membantu.

Tapi hari tu aku sempat la tengok kejap file java security tu. So, memang script aku tak dapat nak proses lah file tu. Dia orang dah buat changes satu line dalam file tu. Lepas tu sekarang ni aku ada problem dengan laptop aku. Jadi proses godek-godek tergendala buat sementara waktu. Aku tengah cari modal untuk repair logic board laptop tersebut.

Oh ya, sebelum terlupa. Pada mac user yang masih boleh menggunakan IMS dengan steady. Please do not upgrade your macOS to Big Sur. Sebab kalau dah terlajak memang sedikit leceh. Browser firefox dah tak support dekat big sur. Hari tu aku ada try downgrade kan lagi version firefox. Tapi, bug dia terlalu teruk dan agak leceh untuk digunakan.

Partner aku ada bagi tau, boleh try guna pale moon browser. Bila test, IMS system boleh je buka dan running. Tetapi, dia ada problem lain pulak dah. Report file tak boleh download pula. Punca dia sebab buat masa ni browser Pale Moon ni tak support dengan pdf plugin.

Oklah, doakan aku berjaya mengumpul dana untuk repair laptop aku. Hahahaha.. Banyak kerja tergendala sekarang ni. Bila dah terbiasa buat kerja guna laptop brand tu, agak terseksa untuk beralih ke laptop brand lain.