Hari yang agak kurang pro aktif. Hampir seminggu kot aku tak jenguk tengok kebun aku. Sejak-sejak PKP ni, pergerakan agak terbatas. Cuaca pun tak berapa menentu. Kejap cerah. Kejap hujan. Kalau dah hujan, memang tak ke mana sangat lah aku. Hari ni bila berkesempatan menjenguk kebun kecik aku ni. Ada la beberapa ekor siput aku tengok berkeliaran. Tapi so far tengok happy je siput-siput tu. Jadi aku tak amik port sangat lah.
Cuma yang aku perasan, siput tu macam laju la jugak movement dia. So terlintas untuk buat timelapse. Sebelum ni ada jugak aku buat timeplase dengan siput ni. Cuma time tu, memang slow gila. Tak pasti lah kenapa dia slow. Mungkin sebab cuaca panas kot. Yang aku jumpa siang tadi tu, waktu pagi. Maybe time aktif dia sejuk-sejuk macam tu kot.
So bila dah buat timelapse tu, macam seronok la pulak tengok dia masuk frame dan keluar frame. Memandangkan time tu aku memang tengah free dan tak ada nak buat apa-apa. Aku pun on je lah shoot. Dapat la beberapa angle and frame. Jadi, dekat bawah ni aku share lah video yang aku siap proses dengan phone aku.
Recent Comments