Hari ni aku nak berkongsi sikit dengan korang semua tentang perangai aku yang malas tak bertempat. Ya, benar aku memang malas. Penyakit malas ni terbawa-bawa ke mana-mana aku pergi. Aku sendiri sukar nak kawal penyakit aku ni. Sebab bila datang je angin malas tu, aku mesti tak cukup rehat dan tak cukup tidur. Sebab aku kena bekerja keras dahulu sebelum aku boleh malas.

Pencapaian

Pencapaian tahap kemalasan aku ni pernah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif di peringkat Universiti. Masa ni aku buat system SMS Gateway, system ni aku mintak budak aplikasi link kan dengan sistem aduan tempat aku bekerja.

Proses kerja dia? Apa bila staff helpdesk assignkan tugasan/aduan kepada staff teknikal. Staff teknikal akan terus dapat ringkasan aduan tu pada phone. Pada masa tu belum pemes lagi smart phone, sebab harga mahal nak mampos. So, mostly guna sms je lah. Kita orang pernah test masa yang di ambil untuk staff teknikal menerima SMS ni. Hasil ujikaji pada masa tersebut, ia hanya mengambil masa lebih kurang 30 saat sahaja. Amazing kan.. hahaha

Punca

Aku sebenarnya tak ada masalah untuk setelkan task. Masalah aku pada masa tu adalah aku terpaksa berulang kali pergi ke site yang sama dalam tempoh masa yang singkat. Sistem sebelum ni, kita orang perlu buka email & cek status terkini task masing-masing. Dengan ada nya gabungan dengan SMS Gateway ni, senang la sikit kerja aku. Task aku pun tak ada la pending lama sangat.

Raspberry Pi

Aku dengan Raspberry Pi ni memang tak dapat di pisahkan lah. Ibarat aur dengan tebing orang kata. Bila aku bermain dengan raspberry pi ni, sel-sel otak aku makin berkembang. Bila dia makin berkembang, aku jadi semakin malas. Bayangkan untuk nak tahu ip device pun aku malas nak taip command. Apatah lagi nak tau info-info lain pada raspberry pi ni. Korang dapat bayangkan tak?

Biasanya, aku nak tau uptime raspberry pi aku ni. Ye lah, benda ni aku on tanpa pemantauan. Bila dia reboot/padam sendiri, aku kena cek balik fungsi-fungsi yang aku set sebelum ni running atau tak. Tapi sebab aku malas, aku buat satu script ni. Bila taip je, dia terus execute apa yang aku rasa aku nak tahu. Benda ni basic je yang aku dapat dari google, lepas tu aku ubah ikut cita rasa aku sendiri.

Macam mana nak guna?

Pertama sekali korang kene create new file dan save dekat mana-mana yang korang rasa selesa. Command yang aku gunakan adalah :

sudo nano getInfo.sh

Korang boleh guna texteditor selain nano. Macam aku, aku selesa dengan nano. Kemudian korang paste kod ni.

#!/bin/bash
echo -e "----System Information kiosk02----"

echo -e "Hostname:\t\t"`hostname`
echo -e "uptime:\t\t\t"`uptime -p`
echo -e "Machine Type:\t\t"`vserver=$(lscpu | grep Hypervisor | wc -l); if [ $vserver -gt 0 ]; then echo "VM"; else echo "Physical"; fi`
echo -e "Operating System:\t"`hostnamectl | grep "Operating System" | cut -d ' ' -f5-`
echo -e "Kernel:\t\t\t"`uname -r`
echo -e "Architecture:\t\t"`arch`
echo -e "Temperature:\t\t"`vcgencmd measure_temp | egrep -o '[0-9]*\.[0-9]*'`
echo -e "Processor Name:\t\t"`awk -F':' '/^model name/ {print $2}' /proc/cpuinfo | uniq | sed -e 's/^[ \t]*//'`
echo -e "Active User:\t\t"`w | cut -d ' ' -f1 | grep -v USER | xargs -n1`
echo -e "System Main IP:\t\t"`hostname -I`
echo ""
echo -e "----CPU/Memory Usage----"
echo -e "Memory Usage:\t"`free | awk '/Mem/{printf("%.2f%"), $3/$2*100}'`
echo -e "Swap Usage:\t"`free | awk '/Swap/{printf("%.2f%"), $3/$2*100}'`
echo -e "CPU Usage:\t"`cat /proc/stat | awk '/cpu/{printf("%.2f%\n"), ($2+$4)*100/($2+$4+$5)}' |  awk '{print $0}' | head -1`
echo ""

Lepas tu korang kena save file ni. Selepas korang save file ni, korang kena taip command ni.

sudo chmod +x getInfo.sh

Bila dah selesai ubah mod file, boleh la test dengan menaip ./getInfo.sh

Sekian perkongsian daripada saya. Untuk mengikuti perkembangan kemalasan saya, sila subscribe dan follow channel youtube saya. Terima Kasih.