Hello Youtubers! Amacam? Pernah kene Youtube Copyright Claims tak? Sedih bukan? Penat-penat edit video, lepas tu render makan masa sebab pc tak power. last-last kena copyright claims, sadis woooooo.
Ini adalah pengalaman aku sebagai seorang content creator junior. Ye la, account youtube aku baru je lagi lagi kan dapat monetisation so memang aku perlu menjaga track rekod aku lah. Kalau boleh elak dari kena benda-benda macam ni.
Sebelum ni pernah kena claims?
Sebelum ni aku tak pernah kena copyright claims. Sebab apa tak kena? Sebab masa tu aku belum boleh menjana duit dari youtube. So, kebanyakan video yang aku guna royalty free. Tapi selepas channel aku dah boleh monetise ni, semua soundtrack yang aku pernah guna kena claims. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, aku terpaksa beli soundtrack yang aku nak guna.
Berbaloi ke bayar?
Bergantung pada korang. Korang rasa nak serius atau just for fun buat content. Bagi aku, buat masa ni aku rasa nak cuba serius. Kita tengok dah lihat sejauh mana serius aku tu boleh pergi. Untuk maklumat korang, soundtrack audio ni boleh di beli secara online je. As long as ada duit, boleh je la beli.
Tetapi, sebelum beli tu sila buat pilihan yang betul & fikir masak-masak. Sebab, ada sesetangah website menawarkan pakej audio yang berbeza-beza. Macam aku sedikit cuai dalam bab-bab macam ni. Aku beli soundtrack tanpa buat research. Kira dengar and rasa sesuai terus beli je. Kat bawah ni adalah contoh audio yang aku dah beli dan bayar.
Harga untuk audio ni adalah lebih kurang 48usd dan tidak termasuk tax. Lepas kena tax, aku kena bayar sebanyak 52usd. Setelah beberapa video yang aku shoot. Aku rasa aku perlu audio yang lain pula. Dan pada masa ketika inilah aku rasa macam demmm.. Banyak duit aku habis macam ni.
Jadi, pada masa ini lah aku mula buat research sedikit. Masa tengah buat research tu, aku terjumpa satu website yang menawarkan audio library yang berharga 49usd. Dalam tu ada banyak kategori audio dan sememangnya berbaloi kalau aku amik. Tapi, adakah aku akan di kenakan tax? Agar berdebar jugak masa nak submit payment tu. Bila dah sampai ke skrin akhir, ianya memang benar. Hanya 49usd sahaja. Audio library tu aku beli dekat sini.
Ok, lepas tu korang dah boleh download semua audio dan soundtrack dekat website tu. Macam aku, aku amik setahun sahaja untuk tempoh percubaan. Dia ada tawarkan juga untuk langganan sepanjang hayat yang berharga 199usd.
Masih kena Copyright Claims?
Untuk pertama kali korang upload video yang ada audio atau soundtrack tu memang akan kena copyright claims. Tapi jangan risau, korang kan dah bayar. Apa yang korang perlu buat adalah lampirkan je bukti pembayaran tu. Lepas tu korang hanya tunggu dia release kan je.
Lampirkan bukti pembelian dalam box yang di sediakan.
Ikut term dia, dia akan amik masa lebih kurang 30 hari untuk review. So, apa yang korang perlu buat adalah tunggu sahaja. Nanti dia korang akan terima email daripada youtube mengatakan video tersebut telah di lepaskan daripada copyright claims.
Lama ke nak tunggu?
Kalau korang perasan, aku ada bagi tau yang aku ada tersilap beli single audio/soundtrack kan? Untuk audio tersebut ia amik masa lebih kurang 4 hari kalau tak silap. So memang agak stress bagi aku sebenarnya. Tapi apakan daya, aku terpaksa akur dengan proses tersebut.
Tapi,untuk dari agensi yang ini, dia hanya amik masa hanya satu jam sahaja hahaha, pantas bukan. So, bagi aku memang berbaloi lah dengan agensi ini dan aku amat-amat berpuas hati. InsyaAllah ada rezeki nanti aku nak subscribe seumur hidup lah.
Dispute jam 2:05 PM, copyright release jam 3:04 PM.
Dekat youtube studio korang tu nanti, korang akan nampak tanda hijau yang bermakna ianya udah di release dari copyright claims. Masa ni hati memang membuak-buak keseronokan yang melampaui batas. hahaha.
Aku biasanya kalau dah hijau baru aku release la video tersebut. Melainkan ada sebab-sebab tertentu yang buat aku rasa perlu release terus, baru aku release.
Pesanan penaja.
Bagi yang masih sedang membina channel dan cuba melengkapi syarat-syarat wajib youtube. Aku nak pesan satu sahaja. Elakkan daripada terlalu banyak menggunakan audio atau lagu yang copyright claims. Sebab takut nanti proses untuk review channel korang tu akan amik masa. Sebab, bila korang gagal untuk review kali pertama tu. Korang perlu tunggu beberapa minggu untuk reapply semula. Dalam tempoh tersebut, korang perlu untuk buat semakan pada video-video korang yang mana di rasa was-was.
Baiklah, sampai disini sahaja coretan perkongsian dari aku. Aku harap, info ini dapat membantu korang. Kalau ada sebarang pertanyaan, korang boleh email ke kakig0dek2@gmail.com. InsyaAllah, aku akan cuba membantu sebaik yang mungkin.
Jangan lupa LIKE, SHARE, KOMEN dan yang paling peting adalah SUBSCRIBE!
Recent Comments