Sesungguhnya ilmu itu sungguh berguna. Carilah ilmu selagi termampu. Kerana, suatu hari nanti pasti ilmu itu dapat membantu kamu di kala kamu kesusahan. Aku bercerita berdasarkan pengalaman. Pengalaman banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan.

Aku merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik. Aku suka jadi anak sulung. Kenapa? Kerana aku suka. Ya, aku suka. Tak salahkan? Hahaha. Tapi best jadi anak sulong ni. Sebab, kalau aku kejam, aku suka amik makanan adik-adik aku. Kekadang dia orang ni makan slow sangat. Jadi, tak salah kalau aku tolong habiskan makanan dia orang. Boleh cepat sikit kemas.

Beli Majalah Import.

Masa aku belajar dulu. Bapak aku selalu bagi duit belanja RM50 untuk satu minggu. Bagi aku jumlah tu banyak la juga pada zaman tu. Tambahan pula lokasi IPTA aku tu area kampung. Jadi, untuk mendapatkan bekalan makanan pada harga yang murah memang bersepah. Bayangkan, nasi lauk ayam baru RM1.50. Kondisi nasi adalah menimbun. Kiranya, kalau makan tu boleh tahan 2 atau 3 hari. Tapi, biasanya dalam pukul 9 malam dah start lapar balik. Haha

Jadi, belanja aku tu, kena elok memang ada balance. Cuma, kalau datang sewel aku melepak dekat Cyber Cafe tu. Memang melayang la duit poket aku. Kena elok 3 jam aku duduk mengadap internet. Time tu zaman Mirc & yahoo messenger. Bebudak zaman sekarang aku rasa tak kenal kot benda-benda tu. Cyber Cafe pun belum tentu korang tau. Tapi, zaman aku dulu macam tu lah.

Biasanya aku akan cuba dapatkan simpanan aku dalam RM50 pada hujung bulan. Kenapa? Pada hujung bulan biasanya aku akan ke kedai buku SMO(Syarikat Muda Osman). Aku akan beli buku-buku import iaitu buku dari oversea. Sebab tu BI aku power dari BM.(Tapi ada cerita di sebalik bahasa inggeris aku, nanti aku cerita.) Majalah aku beli ni jenis IT. So biasanya target aku adalah PC World, PC Magazine dan ada beberapa jenis lagi yang aku dah lupa nama dia. Majalah PC pun aku beli juga kalau ada topik-topik yang menarik.

Kenapa Buku Mahal?

Kerana ilmu dia juga mahal. Bagi aku amat berbaloi dengan investment yang aku buat ni. Setiap buku yang aku beli, dia datang bersama-sama CD. Dalam CD tu ada pelbagai software-software yang menarik. Tak semua software tu aku guna, tapi tak rugi jikalau aku memiliki.

Biasanya isi kandungan buku tu berkait dengan tweaking software, tips and trick untuk performance PC dan banyak lagi lah. Pada masa ni aku dah slowly amik job repair PC & format PC. Pernah juga aku bantu brader kedai Cyber Cafe yang aku selalu lepak tu. Biasa brader tu belanja aku guna internet percuma, kadang-kadang belanja makan. Sebab tu badan aku gemuk sikit daripada orang lain.

Aku Kantoi Dengan Bapak Aku.

Bapak aku memang tak setuju dengan hobi aku. Pernah aku kena marah dengan dia selepas kantoi pasal majalah import ni. Kalau sebiji buku tu dekat RM50, mau dia tak melenting. Aku faham, dia takut aku lapar. Bapak lebih mengenali anak dia macam mana. Tapi bapak aku tak tahu yang aku jadi anak ikan brader Cyber Cafe. hahaha. Tapi kerja aku ni more to teknikal la. Korang jangan fikir bukan-bukan pulak ye.

Ada sekali tu aku kena bebel depan sorang tokey kedai buku. Tapi, thank you uncle sebab support i. Hahaha. Uncle tu selamba saja cakap, knowledge yang anak you cari ini mahal, boleh buat duit. Duit habis beli buku, nanti ada return balik. Jangan risau, you support sahaja. Tapi, seperti yang aku jangka, reason kenapa bapak aku marah aku beli buku mahal tu akhirnya terjawab.

“Aku bagi duit belanja tu untuk makan. Kalau tak makan nanti sakit. Aku juga yang susah nanti. Dia duduk rumah sewa, jauh dari aku.”

Makan Nasi Dengan Garam

Pernah makan nasi dengan garam? Kalau korang tak pernah makan nasi dengan garam, cuba lah try. Tapi sila pastikan yang korang tak ada penyakit yang boleh terkesan dengan kehadiran garam. Hahaha. Ini adalah pengalaman yang memang aku tak akan dapat lupakan. Kalau di ingat kembali macam tak percaya je aku kena lalui benda ni. Time ni, title anak sulong tak bermakna kalau hanya sekadar title.

Bagi aku, sesungguhnya setiap perjalanan, masalah dan ujian yang kita tempuh dalam kehidupan seharian ini adalah aturan dari Allah S.W.T. Ujian hanya di beri sehingga tahap yang kita mampu sahaja. Tapi, pada mata pandangan orang lain mungkin ujian yang kita lalui tu terlalu berat.

Pada hari kejadian aku makan nasi dan garam tu. Aku dapat satu job untuk repair PC sorang brader ni. Aku punya gembira tu jangan cakap lah. Sebab dia dah bagi tau dia bayar RM50. Siap tanya cukup ke tak cukup. Laju je aku jawab cukup! Berapa lama aku amik masa untuk siapkan PC brader tu? Lebih kurang 3 jam, semua setel. Brader tu punya suka tak yah cakap lah. Dia cakap kalau hantar kedai mau 2 atau 3 hari baru siap. Dia amat berpuas hati dengan service yang aku bagi.

Hasil dari upah repair PC tu, aku bagi dekat mak aku RM40 untuk beli lauk. Baki RM10 tu aku guna buat beli topup. Mesti korang tertanya-tanyakan, adik-adik aku makan nasi dengan garam jugak tak? Jawapan dia adalah TIDAK. Sebab dia orang makan nasi dengan ikan goreng kicap. Time ni, aku bukan AHLONG, aku adalah abang sulung yang baik. Hahaha… Aku tak cilok pun ikan dekat pinggan adik-adik aku. Kenapa? Sebab aku lihat mata mak aku berair. Syahdu beb….

Aku tak pasti lah macam mana benda ni terjadi. Sebab time tu bapak aku kena hadir kursus. Bapak aku memang ada tinggal duit belanja. Cuma mungkin sedikit short sebab tengah bulan. Mak aku sebenarnya tukang jahit. Cuma, satu masalah mak aku ni adalah kena liggan dengan customer. Hantar jahit, baju dah siap then bayar lambat. Tapi tak apa lah, mungkin semua tu asbab sahaja. So lepas dapat duit tu, sempat la beli barang dapur yang penting dulu sementara tunggu bapak aku balik dari kursus.

Setup Cyber Cafe.

Aku pernah setup Cyber Cafe member aku. Tapi bayaran tak adalah mahal sangat. Sebab time tu aku tak terdesak & memang ada niat nak tolong member aku tu. So, operasi setup cyber cafe tu bermula dari pukul 9 malam sehingga siap. Total ada la lebih kurang dalam 6 PC kot kalo tak silap. Duit yang aku dapat malam tu, esoknya aku bagi juga dekat mak aku. Lepas tu balance aku buat topup & beli “BUKU IMPORT” haha.

Aku rasa macam panjang sangat la pulak aku membebel. Kesian pulak dekat korang yang sedang membaca ni. Aku pun dah penat menaip sebenarnya. hahaha. Ok, lah nanti aku cerita pulak sambungan daripada episod kali ni.

Apa-apa pun, jangan lupa LIKE, SHARE, KOMEN & SUBSCRIBE Youtube Channel aku.