Sakit hati tak? Memang sakit hati. Aku as a technical person ni pun sakit hati bila berlaku masalah macam ni. Ya, betul, benda ni di luar jangkauan kami as teknikal person.(Abaikan bahasa rojak yang aku guna). Tapi sampai satu tahap memang rasa tak lemau.

Apabila teknologi tidak seiring, ini lah padah yang perlu kita terima. Minggu exam dah lepas, sekarang ni menjelma pula minggu mark entry. Memang aku rasa semua panik bila IMS tak boleh buka. Di tambah pula dengan status PKP2.0 kali ni. Setiap SJR semakin rumit dengarnya. Perlu surat dari majikan dan sebagainya. Setiap surat tu pula hendaklah mempunyai kelulusan daripada IPD daerah masing-masing.

Tertekan

Aku rasa semua lecturer yang terlibat mesti tertekan dengan benda yang terjadi sekarang ni. Kena pula time kritikal untuk masukan markah pelajar. Dan time tu lah benda ni baru perasan. Memang nangis tak berlagu lah. Team aku yang boleh solve benda ni tak ramai. Salah satu sebab yang jadi tak ramai tu kerana dia orang menggunakan windows. Untuk windows semua cekap untuk setel isu ni. Tapi bila masuk kepada mac, sedikit sukar untuk mereka.

Aku pula kurang mahir untuk mengajar. Mungkin tak kena dengan cara kot. Ada la beberapa orang member aku yang cuba buat lepas aku ajar. Feedback yang aku dapat adalah, kadang-kadang menjadi. Kadang-kadang tak jadi. Bila tak jadi, kene cari ko untuk setelkan benda ni.

Aku biasanya akan cuba sehabis mampu untuk selesaikan masalah ni. Macam kes semalam, terkejut juga aku bila dapat mesej dari sorang staff tanya berkenaan IMS ni. So, soalan pertama aku adalah macOS apa guna? mojave/catalina or big sur? bila jawapan adalah big sur. Memang kelu sikit lah aku. Sebab aku tau masalah yang aku akan hadapi kalau tak ada luck. Nak tak nak cuba try.

Mula-mula aku cuba set temujanji dengan staff ni. Tetapi sebab PKP kali ni memerlukan surat untuk setiap pergerakkan ke pejabat. Ianya mengambil masa juga lah. Sebab, staff kena mohon surat pelepasan daripada admin dan kemudian perlu mendapatkan cop dari balai polis berhampiran untuk pengesahan.

Aku cuba mempermudahkan urusan kali ni. Last option aku adalah remote dengan menggunakan Teamviewer. Tetapi, isu dia yang akan timbul adalah. Bila client tak setting dengan betul, aku memang tak akan dapat remote laptop dia. So, aku memang berharap sangat yang dia dapat selesaikan sebarang masalah yang berkemungkinan berlaku.

Dan seperti yang aku jangka, memang aku tak dapat nak remote laptop tersebut. Selepas beberapa kali changes setting di buat, barulah aku dapat remote laptop tersebut. Proses untuk buat tu pun Alhamdulillah tak banyak kerenah. Bila dah setel so happy la staff tersebut. Cuma, aku pesan jangan update Java buat masa ni. Jikalau sebelum ni aku tak kesah kalau staff terupdate Java, tapi kali ni aku kesah. Sebab aku belum jumpa cara lagi bagaimana untuk buat ubah suai pada java 271 dan ke atas.

Sebarang kemuskilan, boleh lah buat aduan di ICT Complaint Management :P.