Teringat zaman-zaman belajar dulu di politeknik. Hari tu kita orang ada kelas autocad. Kelas tu lebih kurang 3 jam masa dia. Lecturer die sempoi. Aku suka cara dia mengajar. Tenang dan steady aje. Sejujurnya aku memang suka kelas dia. Tapi masalah aku adalah aku sedikit kurang sabar. Aku banyak bertanya dengan dia di dalam kelas soalan-soalan yang di luar tahap silubus masa tu. Contoh-contoh soalan yang aku tanya, boleh ke guna autocad untuk design 3D? Lecturer tu tengok aku dan jawab, boleh. Tapi bukan level awak untuk belajar 3D tu. Kita dekat sini belajar asas sahaja.
Time tu aku kena la sorak sikit dengan bebudak kelas aku. Tapi, wat dek je. Dah memang aku tanya sebab aku nak tahu. Lepas dari kelas tu aku menuju ke Cyber Cafe, mencari cara untuk buat 3D design guna autocad. Alhamdulillah aku jumpa cara dan step tu. Senang je rupanya. Balik rumah biasanya aku akan try and error buat design 3D dengan autocad. So ada la beberapa bentuk 3D aku cuba buat.
Kantoi
Kelas autocad ni memang sentiasa ada tiap-tiap minggu. Susah kelas ni nak batal macam tu je. Waktu 3 jam tu kadang-kadang suatu penyeksaan bagi bebudak kelas aku. Setiap kali kelas memang ada je topik baru yang kita orang belajar. Kita orang ada belajar design rumah, buat floor plan, wiring dan macam-macam lagi lah. Bila dapat tugasan ni, aku macam biasalah antara orang yang terawal siap. So, lebihan masa tu biasanya aku akan godek apa yang aku rasa nak buat. Nak di jadikan cerita aku terbuat skill 3D guna dan KANTOI. Kebetulan lecturer aku tu lalu dekat belakang dan dia tengok apa yang aku buat. Sejak dari itu aku memang selalu di aim oleh lecturer ni.
Setiap tugasan yang dia beri, dia akan tengok berapa lama aku amik masa untuk siapkan. Tapi yang best, kalau siap awal boleh balik awal. Cuma bila dah selalu sangat balik awal, dia jadi macam boring la pulak. Roomate aku tak siap-siap lagi tugasan yang di beri. Jadi kadang-kadang tu mereput aku dalam kelas tu.
Siapkan dalam masa 3 jam.
Aku lupa dah masa tu minggu yang keberapa. Tapi masih awal lagi lah kalau ikutkan. Tuan lecturer ni masuk and bagi tugasan pada kita orang. Tapi bila dia bagi je kertas tugasan tu dekat aku. Dia cabarkan aku untuk siapkan tugasan tu dalam masa 3 jam. Bila aku tengok design tu, aku konfiden je yang aku boleh siap dalam tempoh masa yang di berikan. Cuma, kenapa tugasan aku tak sama dengan tugasan orang lain? Orang lain punya simple? Level up ke ni?
Aku tak sedap hati. Terus aku tanya dia, Encik amik masa berapa lama untuk siapkan rajah ni? Dia sambil gelak jawab 3 minggu. Lepas tu dia tambah lagi. Kalau awak dapat siapkan tugasan ni dalam masa 3 jam. Lepas ni awak tak perlu masuk kelas saya. Awak boleh pergi library untuk study subject killer yang lain.
Aku ni sebenarnya ada beberapa kes dengan lecturer-lecturer di politeknik ni. Tapi so far ok je. Hahaha. Aku tolak tawaran lecturer tu. Bodoh kan? Kenapa? Sebab aku perlu menyelamatkan rakan-rakan kelas aku. Ya, aku perlu selamatkan rakan-rakan kelas aku yang lain. Biasanya time test, aku akan bantu bebudak kelas aku. Dia orang akan pass disket & aku akan copy file untuk dia orang.
Ada sekali tu aku rasa lecturer aku tu perasan kot. So, next test dia bagi design berbeza-beza untuk kami. Tapi macam biasa. Semua berjaya buat. Tu adalah antara kenangan aku masa zaman belajar. Aku pernah terpilih untuk menyertai satu pertandingan autocad antara kelas-kelas.
Macam biasa aku siap awal dan aku boring. Bila aku boring aku memandai-mandai menambah addtional accessory dalam design. So, simple. Aku terkeluar. Punyalah bengang lecturer aku tu. Sebab dia cakap hadiah tu berupa wang tunai yang agak banyak. Tapi dapat ke budak lain. Yang best nye, budak tu aku tolong ajar masa bertanding. Tapi, dia tak share pun hadiah dia dengan aku. Tapi aku tak kisah pun. Layankan ajeeeee.
Recent Comments