Bila terima email dengan tajuk macam ni. Terus rasa nak pitam aku! Tak sangka aku kena ban dengan Youtube! Your channel is no longer eligible to monetise bermaksud channel aku dah tak boleh moneytise. Covid-19 dah buat aku runsing, email demonetise ni pun buat aku rasa entah pape.
Walaubagamanapun, perjuangan sebagai seorang youtube perlu di teruskan. Tanpa onak dan duri, tiadalah kemanisan suatu kejayaan. Eceeee, ayat nak sedapkan hati. Aku amik masa beberapa lama juga lah untuk bertenang. Sejujurnya memang aku down…
Baca e-mail
Aku amik masa jugak untuk baca balik email dari youtube. So dia cakap, aku boleh reapply balik untuk Youtube Partner Program ni. Tapi ada tempoh dia la untuk aku reaplly. Tempohnya adalah 30 hari dari tarikh aku kene ban. Selama ni aku tak baca sangat email dari youtube ni. Tapi kali ni aku cuba baca satu persatu dan cuba hadam apa yang dia beri tahu.
Punca Sebenar
Punca channel aku kena demonetise ni adalah sebab reuse content. Aku memang tak dapat terima hakikat tang ni. Tapi aku perlu akur. Tak di nafikan video-video tu mempunyai tontonan yang amat banyak. Hampir 120k tontonan untuk video tersebut. Tapi, apakan daya. Sedikit kesilapan yang di lakukan ko tetap kena terima hukumannya. Salah tetap salah.
Video Yang Mana?
Boleh dikatakan hampir semua video banjir baru-baru ini bermasalah. Dan semuanya berpunca dari video tersebut. Kenapa? sebab video tu dah ramai orang share dekat youtube. Itu aje punca dia. Walaupun aku tahu dari siapa aku dapat video tersebut dan aku pasti akan kejadian tersebut adalah benar. Namun aku tewas.. haha. Tapi ialah, ni lah orang kata pengalaman.
Apa nak buat?
Sekarang ni aku perlu delete semua video-video yang tertentu dan tunggu untuk reapply balik. Untuk next lepasni, kalau nak share video dari orang lain boleh. Yang pertama, jangan upload bulat-bulat. Korang kene edit dan ubah video tersebut. Contohnya, letak voice over pada video tu untuk story apa yang terjadi. Banyak je channel-channel viral yang buat content macam tu. So, itu adalah jalan yang paling selamat. Maksudnya ko tak guna 100% video tu, ko dah ubah dan edit video tersebut.
Kat atas ni aku share do & don’t. Korang baca dan cuba hadam. Bila baca yang ni aku rasa macam tak ada lah susah sangat kan. Haha tapi nanti kita tengok aje lah macam mana.
Ikutkan youtuber indon ramai yang buat reaction video. Korang pun boleh jugak buat macam tu kalau berminat. Sebab ianya di benarkan.
Sekarang ni aku masih lagi membaca rule dan polisi. Kalau boleh malas dah terpalit dengan isu-isu macam ni. Tapi bila dah kena ni, kita boleh la berkongsi dengan rakan-rakan lain yang baru nak berkecimpung dengan bidang ni. Bagi korang yang nak baca polisi youtube, boleh lah pergi ke sini, baca dan hadam. hahahha
Bagi yang nak tahu tentang youtube copyright claims, boleh la terus ke sini.
Recent Comments