Agak lama aku tak update apa-apa dekat bloq kaki godek ni. Di sebabkan sibuk, bloq ni terabai seketika. Oklah, hari ni aku nak buat sedikit nota untuk aku sendiri, kalau nota ni berguna untuk korang, korang boleh la guna yek.

Ceritanya semalam aku gatal godek VM server aku. Entah macam mana, apa benda entah aku usik, aku takleh nk remote xenserver via ssh. Tapi aku rasa aku dpt tangkap apa benda yang aku usik semalam. Jadi hari ni aku terrrrrpaksa mengenablekan balik benda alah yang aku usik tu. Tapi, problem nye pulak aku guna mac. Xencenter tak support plak dekat mac. Kene la menghijak pc orang seketika, ala kejap je pun.. just nk guna console je dari xencenter. Reference tu ada je dekat sini. Tapi sebab ni bloq aku, suka hati aku nak pacak dekat sini. Lain kali senang aku nak rujuk. hahaha

Langkah 1 :
Korang kene guna XenCenter, lepas tu access ke console. Kalau ada mintak password, korang masuk lah password korang tu.

Langkah 2:
Kemudian korang kene modify balik file sshd_config. Macam aku editor yang aku guna adalah nano. So aku edit je lah file tu.
#nano /etc/ssh/sshd_config

Langkah 3:
Lepas tu aku kene cari “#PermitRootLogin no” aku kena ubah kepada “PermitRootLogin yes” jangan lupa buang tanda # dekat depan tu yek.

Cara pantas nak search, korang boleh guna ctrl+w, nanti taip je perkataan “permitrootlogin” dah jumpa tu korang edit. Jangan lupa save file tu yea.

Langkah 4:
Lepas dah siap save, korang kena taip command ni “xe-toolstack-restart”. Lepastu korang boleh test ssh balik ke server kroang tu..