Jangan ingat work from home ni boleh bersenang lenang. So nak di jadikan cerita, partner in crime aku ada meses.. Dia cuba enable SSH dekat Cisco switch dekat office. Tapi bila nak ssh dia dapat error hellman. Aku yang pada masa tu tengah blur2, aku mintak lah dengan dia detail error tu. Kebetulan pada masa tu aku tak dapat nak setelkan terus sebab laptop aku tak berapa nak ok. Internet pun tak berapa nak ok jugak time tu. Jadi memang memakan masa sikit lah untuk aku setelkan.
So, bila semua dah ok, aku cuba lah untuk solve kan isu ni. Dan, Alhamdulillah aku jumpa jugak cara untuk setelkan benda ni. Setelah di uji cuba, alhamdulillah… setel.
Jadi dekat bawah ni adalah cara yang aku buat laaa.. dengan aku menjadi dan setel. Untuk korang kalau tak jadi, korang kene cuba tengok lagi apa error dari log untuk dapatkan hint dan teruskan mencari solution.
error : Unable to negotiate with 172.22.21.212 port 22: no matching key exchange method found. Their offer: diffie-hellman-group1-sha1
Step 1 :
sudo nano /etc/ssh/ssh_config
Pergi ke line last sekali, kemudian add line ni. Sila buang bracket..
“KexAlgorithms diffie-hellman-group1-sha1,curve25519-sha256@libssh.org,ecdh-sha2-nistp256,ecdh-sha2-nistp384,ecdh-sha2-nistp521,diffie-hellman-group-exchange-sha256,diffie-hellman-g$ Ciphers 3des-cbc,blowfish-cbc,aes128-cbc,aes128-ctr,aes256-ctr”
Step 2 :
Kemudian save. Lepas tu korang kene regenerate SSH “ssh-keygen -A“
Step 3 :
kemudian restart service ssh ” service ssh restart”
Tadaaa.. setel. haha tenkiu.. btw ni nota personal aku okeh.. hehe
Recent Comments