PKP dan SOP berpisah tiada. Situasi COVID-19 ni memang buat aku serba tak kena. Sejujurnya aku terasa seperti di penjara tanpa sedar. SOP dan SOP yang tanpa sudah, ada yang ikut dan ada yang ingkar. Aku?? Perlu ke aku patuh? Angka yang di jangkiti entah bila akan berkurang. Rimas aku di buatnya. Sampai tahap aku rasa dah tak nak tengok dan amik tahu pasal situasi terkini COVID-19 ni. Kenapa? Aku stress… Tidur malam aku tak lena. Kepala aku sakit sentiasa.

Baru-baru ni aku ada la nak berurusan dengan sebuah bank ni. Cuba la bertanya dengan rakan-rakan terdekat. Masing-masing bagi pandangan untuk cuba dulu hubungi bank yang aku nak berurusan tu. So, sebagai seorang rakyat yang patuh dengan SOP aku pun google la no bank. Ada la dua tiga nombor bank aku cuba call. Semuanya robot yang jawab. Suruh aku call no yang lain. Bila aku call no tu, dia suruh aku call hotline. Di beri no hotline yang baru. Aku call lah, penyudahnya dia tanya aku nak tamatkan panggilan ke tak? Kurang hajor betui!! Baik aku tak payah call. Tu kisah pertama aku nak berurusan dengan bank. Last sekali aku email je dekat bank.. Tapi, langsung tak di balasnya email aku tu. Sedar-sedar dapat SMS kata dalam proses. Tak patut betul..

Tapi, oklah tu, kira setel la urusan tu. Nasib baik urusan tu memang tak perlu aku hadir ke kaunter. Just untuk semakan dan pertanyaan je. Dah setel tu kira no hal lah. Pejam mata je lah…

Nak di jadikan cerita, hari semalam aku ada lagi urusan dekat bank. Tapi kali ni aku nak kena berurusan dekat kaunter. Mencuba nasib lah aku kali ni untuk pergi ke bank. Nak kata dekat xde lah dekat sangat bank tu. Elok je sampai, aku tengok orang panjang beratur dekat luar bank. Memang tak ada maknanya aku nak menuju ke bank tu.

Aku ubah laluan aku, tuju pulak ke bank cawangan lain. Aku bismillah banyak, doa agar di permudahkan urusan. Aku harap sangat orang tak ramai. Bila masuk je simpang aku tengok sama jugak.. Ramai juga orangnya. Tapi bila aku pusing sikit aku tengok dekat dalam bank macam kosong je orang dekat kaunter. Eh, apa dah jadi ni? Tapi dalam hati dah terdetik, memang tak ada rezeki aku nak pergi berurusan dekat bank kali ni. Entah macam mana, elok je aku nak berambus, terdetik nak cuba call cawangan bank tu. Tapi macam biasa, semua suruh call hotline. Aku pun call hotline, gamble je lah kali ni. Tekan punya tekan akhirnya dapat jugak aku dengar option yang sememangnya pilihan utama aku. ” Untuk bercakap dengan pegawai perunding kami, sila tekan kosong” Laju je aku tekan. hahaha ingatkan terus la dengar suara pegawai perunding, tapi kene dengar dulu robot bercakap, lepas tu tiba-tiba dia boleh cakap semua talian sibuk. Fuh… memang rasa nak marah dah time ni. Tapi aku cuba wat relax and wat peace.

Setelah beberapa lama, akhirnya dengan juga suara manusia di hujung panggilan. Terus aku tanya, nak datang bank cawangan sekian-sekian boleh tak? Tapi jawapan dia memang hampa. Dia cakap tak boleh.. Kena buat temujanji dulu. Lepas tu tak boleh datang sekarang, datang ikut temujanji. Rasa macam sia-sia aje aku amik cuti hari ni. Walaupun hakikatnya aku WFH, tapi aku amik cuti jugak. Sebab aku tahu, peraturan tetap peraturan. Aku boleh aje nak mengular terus pergi bank. Tapi aku tak buat.. Biar lah orang lain buat. Janji aku tak buat macam tu. Bank yang aku nak berurusan ni adalah Bank Rakyat. Untuk berurusan dekat Bank Rakyat, korang kena buat dulu temujanji untuk datang ke Bank Rakyat.

Untuk temujanji ke Bank Rakyat, korang boleh isi online form ni. Pilih bank yang korang nak pergi dan pilih masa yang korang nak datang tu lah. Tapi, masa ni cawangan yang aku nak pergi ni tak ada bagi pilihan waktu temujanji. Menang aku kecewa gila lah. Rasa macam di permainkan aje. Dalam keadaan geram tu, aku park kete depan bank, lepas tu aku tanya guard dekat bank tu. Aku cakap aku nak masuk untuk berurusan dekat kaunter, boleh ke tak aku tanya. Brader tu pun masuk dalam tanya, lepas tu dia keluar, dia cakap ok boleh. Elok je dia bagi nombor dekat aku, terus terdengar bunyi suara robot dari QMS system panggil no aku. Laju je aku ke kaunter tu. Untuk proses pengeluaran wang dekat bank skang ni, rupanya dah tak perlu isi borang dah, cuma perlukan IC dan cap jari saje. Cuma yang penting, chip pada IC tu kene elok dan berfungsi lah. Alhamdulillah semuanya setel. Aku pun berambus dari bank dengan hati yang ceria.. hahaha

Tapi, masa aku buat carian google pasal temujanji untuk pergi ke bank tu, aku ada la jugak jumpa link-link untuk ke bank yang lain-lain. Antaranya Temujanji Maybank, Temujanji RHB Bank (tapi yang ni kena download apps). Untuk bank yang lain-lain aku tak jumpa la plak. So korang kena la hubungi sendiri hotline nombor bank masing-masing ya. Kalau boleh bertindak lah dengan bijak. Selagi boleh elak keluar, elak kan lah. COVID ni masih lagi berlegar-legar tau.